Friday, July 22, 2011

anak I, anak U jugak... kta share okey

salam.. korang mesti selalu dengar pasal fenomena alam perempuan kongsi suami kan.. benda ni biasa la betol tak.. tapi yang sangat pelik bila lelaki kongsi bini.. oowwhhh.. benda mcm ni tak boleh ye..
tapi ada satu benda lagi yang seronok kita tengok, perihal kongsi-kongsi la gak ni.. kisah benar..
makcik som(bukan nama sebenar) telah mengandung dan selamat melahirkan anak yang sangat ramai, semua kembar tak seiras.. 4 atau 5 kot.. memang makcik som ni ibu yang sangat subur dan hebat cz bley beranak banyak2.. dan lebih mengharukan makcik som tidak memerlukan bidan ataupun doktor dalam proses men'deliver' baby nye yang banyak tu.. bak kata orang sendiri buat sendiri tanggung la.. tapi makcik som memang tabah... makcik som ada jiran yang bernama makcik yah (bukan nama sebenar)..

makcik yah ni jiran yang akrab dan baik la.. memang sporting habis.. makcik yah pun ngandung dan selamat melahirkan anaknya.. tapi sorang je la.. hahaha.. kalau nak dibandingkan dengan makbik som, memanglah kalah cz makcik som beranak kembar banyak..

namun walaupun kedua-dua hamba Allah ni tak pernah kesekolah, mereka lebih mengenali erti tolong menolong daripada kita yang belajar tinggi-tinggi tau... pelajaran sivik pun gagal melahirkan masyrakat yang saling bantu-mambantu mcm mereka ni.. saya terharu bila tengok..
makcik yah ni punya lah baik dan prihatin, dia sanggup menyusukan kesemua anak makcik som walaupun makcik som tak pernah plak bagi upah kat dia.. makcik yah buat semua ni dengan ikhlas kot.. pape pun, gua respect lah makcik som dengan makcik yah, mereka boleh je berkongsi kehidupan sebagai jiran dan juga kongsi anak-anak...

mungkin susu makcik som dah kering, so makcik yah pun membantu lah.. ini lah yang kita mahu, saling tolong menolong.. jangan slogan je lebey, buktikan.. tak kisah lah 1malaysia ke apa ke.. nilai2 murni macam ni jangan lah dilupakan..
pe yang aku cite ni benda betol.. korang nak bukti kan.. nah aku bagi gambar dua keluarga bahagia ni yang sentiasa memegang konsep muhibbah walaupun berlainan warna kulit.. mereka berpegang pada slogan :
"anak I, anak U jugak.. kita kongsi2"...



makcik som sedang berehat didalam rumah.. penat agaknya...


makcik yah dan anaknya serta anak-anak makcik som.. mereka sedang menyusu tu.. baik kan makcik yah ni..


pape pun, natijahnya.. bantu membantu itu penting.. tengok lah kucing dua ekor ni walaupun berbeza warna kulit (bulu sebenarnya) mereka bantu memabantu...

errrr.. tapi mungkin makcik som dan makcik yah ni berkongsi suami gak.. almaklum lah si jantan dirumah tu tak ramai.. benda ni tak dapat lah nak dikonpem kan.. kalau nak tau kenalah interview dua makcik ni.. tapi mesej nya.. dalam hal kebaikan jangan berlaku diskriminasi ye.. bantu membantu sesama kita!!!
wassalam...

siapa suami makcik som dan makcik yah??? lu fikirlah sendiri... hahha

No comments: